15 May 2013

Rezeki Allah yang bagi


بسم الله الرحمن الرحيم



SOLAT KENA
On time
Full time
Over time

SEBAB MATI TU
Anytime . . .



"... jom amalkan tasbih Fatimah Azzahrah ..."



14 May 2013

Jemputan Walimatul 'Urus : Sambut Menantu.


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم

بسم الله الرحمن الرحيم


Nahmadullah wa nasykurullah hamdan kathiran, solawat dan salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad Sollallahu 'Alayhissalam. Mengucapkan setinggi kesyukuran di atas kesenangan dalam kemudahan baitul dakwah yang dijalankan ini atas redhaNya. 

Insya'allah kami akan melangsungkan perkahwinan (walimah di sebelah rumah lelaki) yang telah dirancang dengan izinNYA, semoga doa teman-teman memberi kesenangan majlis perkahwinan yang akan dijalankan pada :


PADA HARI  AHAD 19 MEI 2013

DI ALAMAT  NO.1 JALAN SEKOLAH PARIT 12
SUNGAI NIBONG, 45400 SEKINCHAN, SELANGOR DARUL EHSAN.


Jemput semua sahabat-sahabat blogger datang kat rumah saya ya..




Semoga majlis ini diberkati-Nya..





13 May 2013

Jangan main-main dengan 20 sen

                   
                                     
بسم الله الرحمن الرحيم


Ada seorang Imam yang telah dipanggil ke suatu tempat untuk jadi Imam tetap di masjid.
Dah jadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Suatu hari,
Lepas Imam tu bayar tambang dan duduk dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tu bagi baki yang lebih dari yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang 20 sen tersebut.

"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?"
Imam tersebut bertanya kepada dirinya.

"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni..nak beli tosei pun tak cukup."

Sampai je depan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tu pun berhenti.
Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja dari bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya automatik berhenti
dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.

"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen."
kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni kan sedikit je nilainya." kata pemandu bas.

Imam tersebut menjawab,

"Wang tersebut bukan milik saya sebagai seorang muslim saya perlu berlaku jujur."
Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata "Sebenarnya saya sengaja bagi baki lebih 20 sen ni saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam."

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan.

Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan,

"Astaghfirullah!!! Ampunkan daku Ya Allah..
Aku hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!"


"... Bantu aku ya Allah jangan tergadai iman aku 
seberapa besar pun nilai wang.. 
kerna iman tak boleh di jual beli ...

26 April 2013

alam kubur


                         أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم

                                            بسم الله الرحمن الرحيم




wahai hamba Allah,
apabila datang 2 malaikat kepadamu
janganlah kamu takut dan bimbang
dia juga makhluk Allah seperti kamu..

bila ditanya kepada kamu beberapa soalan
maka jawablah dengan cermat dan betul
Allah Tuhanku..
Nabi Muhammad saw Nabiku..
Islam agamaku..
AlQuran kitab & ikutanku..
Orang Islam saudaraku..

Allah, ampunkanlah hambaMu ini
dia telah pergi menemuiMu
berdagang seorang diri dihadapanMu..
meninggalkan alam dunia, menuju ke alam akhirat.

api neraka tu panas...
andai aku mampu bagi jaminan 
hindarkan diri aku, keluarga aku,
semua hamba Allah kat muka bumi ni 
jauh dari dibakar api neraka..



"... perkara biasa, orang menyampah, 
tak suka, bosan bila bercakap
isu hari akhirat dan hari pembalasan 
ye aku akui aku sangat sedih ..." 




11 April 2013

tangan melekat di kemaluan jenazah



Tangan Si Pemandi Mayat Terlekat Di kemaluan Si Mati...


Pada zaman Imam Malik, 
terdapat seorang wanita yang buruk akhlaknya. 
Dia selalu tidur bersama lelaki dan 
tidak pernah menolak ajakan lelaki. 
tiba pada hari kematiannya. 
Ketika dia dimandikan oleh seorang wanita 
yang kerjanya memandikan mayat,
tiba-tiba tangan si pemandi mayat itu 
terlekat pada kemaluan wanita pelacur itu.

Semua penduduk dan ulama' gempar akan hal itu. 
Mana tidaknya, tangan si pemandi mayat terlekat 
sehingga semua orang di situ mati akal untuk melepaskan 
tangannya dari mayat wanita terbabit. 

Terdapat 2 cadangan untuk menyelesaikan masalah itu. 
Pertama, memotong tangan wanita pemandi mayat
dan kedua tanam kedua-dua wanita itu sekali gus.

Akhirnya, mereka memutuskan untuk meminta 
pendapat daripada Imam Malik. 
Imam Malik bukan calang-calang orang yang memberi fatwa. 
Pernah ada satu ketika, Imam Malik mendapat 40 pertanyaan, 
tetapi yang dijawabnya hanyalah 5. 
Ini menunujukkan akan berhati-hatinya 
dan betapa sensitifnya beliau dalam isu agama. 

Imam Malik bertanya kepada wanita 
pemandi mayat itu bahawa adakah dia berkata 
apa-apa kepada si mati semasa memandikannya.

Wanita pemandi mayat itu berkata bahawa dia 
ada berkata : "Berapa kalilah tubuh ini telah melakukan zina".

Imam Malik berkata "kamu telah menjatuhkan 
Qazaf (tuduhan zina) pada wanita tersebut, 
sedangkan kamu tidak mendatangkan 4 orang saksi. 
Maka kamu harus dijatuhkan hukuman hudud 80 kali sebatan 
kerana tidak mendatangkan saksi.
" Selepas wanita pemandi mayat itu dikenakan hukuman 
80 sebatan maka terlepaslah tangannya dari mayat tersebut.
Silalah share kisah ini supaya kita mendapat manfaat sama2.



"... M. Syahrul Firdaus jaga lidah 
jangan sembarangan fitnah atau sangka buruk
kuasa Allah Taala mengatasi segala2nya 
Allah jangan timpakan aku ujian yang berat
yang tak mampu aku pikul ya Allah..."



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...